Wednesday, February 27, 2013

Syukur ke Hadrat Ilahi

     Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T atas segala nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambanya . Sebesar-besar nikmat daripadaNYA ialah nikmat Iman dan Islam . Tanpa kedua - duanya pasti tujuan dan matlamat utama yang kita ingin capai di bumi yang indah ini iaitu menjadi dari kalangan hamba - hambanya yang Bertaqwa , Beriman dan Beramal soleh pasti kita tidak akan dapat menggapainya . Hamba Allah ini amat bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T . Hamba Allah yang lemah ini juga sedar akan tujuan Allah masih memberikan peluang hidup di bumi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memohon taubat kepadaNYA di atas berjuta kesalahan yang telah dilakukan segaligus dapat berkomunikasi serta berinteraksi untuk mengadu masalah dan juga mendekatkan diri kepadaNYA. Setelah sekian lama tidak mengUPDATES blog ini atas masalah-masalah tertentu , Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk mengUPDATESnya semula... Syukur Ya Allah . Mudah - mudahan blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada semua pembaca. Semoga semua pembaca yang membaca blog ini sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah S.W.T ...

No comments:

Post a Comment