Friday, March 1, 2013

Tuntutlah ilmu tanpa jemu

Nasihat :: Jika kita seorang pelajar, tanya diri kita mengapa ada belajar?. Jika jawabnya "saya nak dapat 5A" atau "saya nak degree atau "saya nak phd". Tentu kita akan letih, tidak bersemangat mengejarnya, malas, penat hingga sanggup menipu atau meniru semata-mata nak kan sijil atau pangkat atau nama dan sebagainya. Dari sekarang akita perlu tukar matlamat belajar, "Saya nak belajar kerana Allah utk mendapatkan ILMU". Tentu anda akan bersemangat ... percayalah .. 

TUNTUTLAH SEHINGGA KE NEGERI CINA


TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD

Wednesday, February 27, 2013

Coretan sebagai seorang anak

HARAPAN DARI UMMI DAN AYAH

                         mereka adalah pengikat jantung hatiku , tanpa mereka siapalah saya sekarang


Wahai anak !
Apabila kami tua nanti,
kami berharap engkau dapat memahami dan bersabar terhadap kami !

Sekiranya kami terpecahkan pinggan atau tertumpahkan kuah di atas meja
di sebabkan oleh pandangan kami yang kabur ....
kami berharap janganlah engkau menengking kami ,
sifat manusia yang dah tua amat sensatif ,
kami berasa amat tersinggung bila kau menengking kami ,

selalulah adakan pada dirimu sifat kasihankan kami ....

Bila pendengaran kami sudah berkurangan ,
dan kami tidak dapat menedengar apa yang kau katakan ,
Kami berharap engkau tidak memanggil kami 'PEKAK' ,
tolonglah ulangi perkataanmu atau tuliskanlah apa yang kau katakan !

Kami minta maaf ! Kami sudah semakin tua ...

Bila kaki kami semakin lemah ,
kami berharap engkau bersabar untuk bangunkan kami ,
seperti mana kami selalu membantu mu sewaktu engkau kecil untuk belajar berjalan ,
sokonglah kami !

Sekiranya kami kerap mengulangi sesuatu persoalan
seperti kaset yang telah rosak ,
kami berharap engkau tetap mendengarkan apa yang kami katakan ,
tolonglah jangan jadikan kami bahan ketawa ,
atau merasa bosan terhadap kami !
masihkah engkau ingat di waktu kecilmu ??
Apabila engkau meminta sesuatu, engkau sering mengulangi perkataan yang engkau mahu
sehingga engkau mendapatkannya...

Maafkan bau busuk dibadan kami , bau kami adalah bau orang yang telah tua ,
janganlah dipaksakan kepada kami untuk mandi ,
badan kami lemah , orang tua mudah dapat sakit bila kesejukan ,
kami berharap ini tidak menjadikan engkau merasa jijik terhadap kami !
Masihkah engkau ingat di waktu kecilmu ?
Kami selalu mengejar mu disekeliling rumah kerana engkau tak mahu mandi...


Kami berharap engkau dapat bersabar terhadap kami, bila kami nyanyuk ,
Ini adalah sebahagian sifat ketuaan , engkau akan memahaminya apabila engkau tua nanti ..


Sekiranya engkau mempunyai masa lapang ,
kami berharap engkau berbual lah dengan kami ,
walaupun untuk beberapa minit ..
Kami selalu kesunyian dan tiada siapa disisi kami untuk berbicara..
kami memahami bahawa engkau sedang sibuk dengan kerja-kerjamu ..
Walaupun engkau tidak minat untuk berbicara bersama ,
tapi lapangkanlah masa untuk bersama kami seketika ,
Engkau ingat tak di waktu kecilmu ? Engkau sering menceritakan tentang kisah fantasi mu ?

Bila masanya tiba , kami terus terbaring di atas katil ,
kami berharap engkau terus bersabar terhadap kami untuk menjaga kami !

Kami minta maaf ,
sekiranya kami membasahkan cadar tilam mu dengan air kencing
atau katil menjadi bersepah ...

Kami berharap engkau terus bersabar untuk menjaga kami ,
di saat akhir Kami di dunia ini ,
walau bagaimana pun kami takkan lami didunia ini ...

Apabila kami dalam SAKARATUL MAUT ..
Kami berharap engkau berada disisi kami untuk mentalqinkan kami dengan kalimah
لا إلاه إلا الله ومحمد رسول الله
dan memberikan kami sumber kekuatan kepada kami ,
untuk bertemu dengan Tuhan kami 'Allah Jalla wa 'Ala'

Dan apabila kami wafat ,
kami berharap engkau memandikan kami
dengan sentuhan tanganmu buat kali yang terakhir ,
dan kafankan kami dengan balutan tangan mu .
Dan solatkanlah jenazah kami
Dan panjatkan doa mu dengan penuh kesungguhan kepada Tuhan mu
agar dosa-dosa kami diampunkan ,
dan kuburkanlah kami dengan tangan mu ..

Janganlah engkau bimbang !
Apabila kami bertemu dengan Allah nanti ,
kami akan khabarkan kepadaNYA ,
Bahawa engkau adalah anak yang soleh ,
kerana engkau menyayangi kami .

Semoga Allah membalas kebaikan mu kerana menjaga kami ,
KAMI AMAT MENYAYANGI MU !!









Masa Itu Emas



   Islam menggariskan kehidupan manusia bermula dari saat kita dilahirkan hinggalah ke saat kematian. Kehidupan di dunia ini umpama ladang untuk bercucuk tanam dengan tanaman yang baik dan subur , kemudian seluruh hasil tanaman tersebut di tuai dan dipersembahkan di hadapan Allah kelak sebagai satu ganjaran kepada usaha serta amalan yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Amat rugi sekali jika kita hidup di Bumi Allah ini tanpa memanfaatkan kehidupan ini dengan menguruskan masa kita. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran  : " Demi masa , sesungguhnya manusia berada dalam kerugian , melainkan orang - orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran " (surah Al- A'sr : ayat 1-3) . Berdasarkan firman Allah ini amat jelas kepada kita bahawa Islam amat menitikberatkan tentang masa .



Syukur ke Hadrat Ilahi

     Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T atas segala nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambanya . Sebesar-besar nikmat daripadaNYA ialah nikmat Iman dan Islam . Tanpa kedua - duanya pasti tujuan dan matlamat utama yang kita ingin capai di bumi yang indah ini iaitu menjadi dari kalangan hamba - hambanya yang Bertaqwa , Beriman dan Beramal soleh pasti kita tidak akan dapat menggapainya . Hamba Allah ini amat bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T . Hamba Allah yang lemah ini juga sedar akan tujuan Allah masih memberikan peluang hidup di bumi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memohon taubat kepadaNYA di atas berjuta kesalahan yang telah dilakukan segaligus dapat berkomunikasi serta berinteraksi untuk mengadu masalah dan juga mendekatkan diri kepadaNYA. Setelah sekian lama tidak mengUPDATES blog ini atas masalah-masalah tertentu , Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk mengUPDATESnya semula... Syukur Ya Allah . Mudah - mudahan blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada semua pembaca. Semoga semua pembaca yang membaca blog ini sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah S.W.T ...